Membudayakan Ilmu dalam Kehidupan
Khutbah Jumaat di Masjid al-Malik Khalid 24 Mei 2013
Khatib: Saudara Musmuliadi Kamaruding
Sidang Muslimin,
Pada hari Jumaat ini penghulu segala hari, di pertengahan bulan Rejab ini, kita masih lagi diberi kesempatan dan peluang untuk berada di bumi yang bersifat sementara ini. Justeru, saya ingin menyeru kepada diri saya sendiri serta saudara sekalian agar sama-sama kita memperlihat tanda syukur kita ini dengan mengikhlaskan diri mempertingkat nilai keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dengan erti taqwa yang sebenarnya. Marilah kita melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Semoga kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat kelak. Tidak lupa juga, marilah sama-sama kita berselawat kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. InshaAllah, khutbah pada hari ini berkisarkan “Kronologi Membudayakan Ilmu dalam Kehidupan”.
Generasi Ulul Albab Penyelamat Ummah [28 Mac 2014]
Membina Pemikiran Bersepadu Generasi Ulul
Albab
Dalam
Kitab Suci al-Qur’an, Allah SWT memuji suatu golongan dalam kalangan
orang-orang beriman yang disebut sebagai golongan ulul albab. Golongan ulul
albab ini dari segi bahasanya bermaksud golongan yang mempunyai akal
fikiran yang bersih. Dari segi istilahnya, ulama tafsir iaitu Imam Ibn Kathir
menyatakan bahawa golongan ulul albab ini merupakan golongan yang
mempunyai pemikiran yang sempurna sehingga mampu memahami hakikat sesuatu
perkara dengan sebenar-benarnya, dan membawa mereka kepada kejayaan di dunia
dan akhirat. Bagi menunjukkan betapa pentingnya golongan ini, istilah ulul
albab diulang sebanyak 24 kali melalui 10 surah dalam al-Qur’an. Antara faktor
yang menyebabkan generasi ini dimuliakan oleh Allah SWT dijelaskan dalam firman-Nya
yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,
dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (ayat-ayat kekuasaan,
kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi golongan ulul albab; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati
Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,
dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha
Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka’.” (Surah Ali ‘Imran
ayat 190-191).
Teori Konspirasi Didalangi Tangan Ghaib [27 Februari 2014]
Elakkan Keterlaluan Berfikir Ala ‘Conspiracy
Theorist’
Pada
sekitar tahun 2008 yang lalu, masyarakat dunia pernah dihidangkan dengan
serangkaian dokumentari yang diterbitkan oleh sekumpulan anak muda dari Amerika
Syarikat bertajuk “The Arrivals”. Dokumentari bersiri ini ditayangkan
melalui laman media sosial, YouTube dan mendapat tempat terutama dalam kalangan
remaja dan golongan awal dewasa. Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan
segala tipu muslihat organisasi rahsia seperti Illuminati dan Freemason terhadap
masyarakat dunia umumnya dan kepada umat Islam khususnya.
Dua Kejayaan Sebenar Perlu Dicapai [12 Februari 2014]
Mengecapi Kebahagiaan yang Hakiki
Banyak
kes pembunuhan diri yang berlaku mutakhir ini berpunca daripada kehilangan rasa
bahagia dalam diri pelakunya. Hakikatnya, setiap insan pasti mengharapkan
kebahagiaan dalam hidup. Rasa bahagia ini merupakan suatu fitrah insan yang timbul
dalam jiwa dan ia berunsurkan kegembiraan rohani. Maka, ia perlu dihubungkan
dengan konteks ketaatan kepada Pencipta manusia iaitulah Allah SWT. Dalam Islam,
kebahagiaan merupakan manifestasi daripada kejayaan. Malah, terdapat beberapa
terminologi yang disebutkan di dalam al-Qur’an untuk menggambarkan kepada
manusia mengenai kebahagiaan yang berkait dengan kejayaan seperti an-najah
(kejayaan), al-fawz (kemenangan), al-falah (kemakmuran) dan as-sa‘adah
(kegembiraan). Secara umumnya, terdapat dua bentuk kejayaan atau kebaikan sepertimana
yang sering diminta di dalam doa yang juga firman Allah SWT yang bermaksud:
“…
‘Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
serta peliharalah kami daripada azab neraka’.” (Surah al-Baqarah ayat 201)
Langgan:
Catatan (Atom)



