Sifat Malu Halang Kemungkaran [2 Februari 2015]
Sifat Malu
Memelihara Iman
Ajaran Islam yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW merupakan suatu panduan hidup yang lengkap. Ia merangkumi panduan untuk manusia mengenal dan mengakui Tuhan yang Maha Esa (akidah), melaksanakan fungsi dan tanggung jawab manusia di bumi (ibadah) dan menghiasi peribadi manusia dengan nilai kebaikan (akhlak). Panduan ini dirangkum di dalam ilmu-ilmu asas Islam atau disebut sebagai ilmu fardu ain. Pada hakikatnya, ketiga-tiga ilmu ini saling berkaitan antara satu sama lain.
Dalam ilmu akhlak, terdapat
satu sifat yang menjadi teras kepada ajaran Islam iaitu sifat malu. Malu atau
dalam bahasa Arab disebut sebagai “al-haya’”, bolehlah diertikan sebagai
suatu sifat yang mendorong manusia untuk tidak melakukan perkara-perkara yang
dibenci atau tercela. Namun begitu, mengapakah Islam mementingkan sifat malu
ini? Sebenarnya, sifat inilah yang mengukuhkan lagi pegangan akidah dan memandu
pelaksanaan ibadah seorang Muslim. Perkara ini dijelaskan dalam sebuah Hadith Rasululllah
SAW bersabda yang bermaksud: “Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah
satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.” (Riwayat al-Hakim).
Langgan:
Catatan (Atom)