Memaparkan catatan dengan label Tazkiyah An-Nafs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkiyah An-Nafs. Papar semua catatan
Keunikan Sains dalam Tradisi Islam Silam
Ketokohan
sarjana sains Muslim sewaktu zaman kegemilangan Islam telah menarik minat para
sarjana Muslim kontemporari membongkar rahsia sains yang diasaskan oleh mereka.
Kesedaran untuk menerapkan Islam dalam sains ini diperdebatkan secara kritis
oleh para cendekiawan Muslim kontemporari baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Hal ini kerana, sains yang berasaskan Islam ini mempunyai tasawur (pandangan
alam atau worldview) dan sumber pengetahuan yang berbeza dengan sains yang
acuannya dari Barat.
Terdapat tiga asas penting untuk mengembalikan semula sains berasaskan Islam ini. Pertama, peranan masyarakat dalam mencorak peradaban; kedua, pembentukan tasawur yang khusus dan ciri-ciri yang unik; dan ketiga, mengelak ancaman sains Barat terhadap kesejahteraan manusia. Ketiga-tiga asas ini merupakan pandangan yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Ziauddin Sardar dalam bukunya Explorations in Islamic Science.
Kenali Kemurungan dan Tips Mengatasi
Oleh: Hjh. Kamaliah Abu (Ketua
Pegawai Psikologi, UiTM)
28 September 2011
Pengenalan
Kemurungan (depression)
adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang
serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau
putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna
dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan
boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu
emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi
sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi dan kaunseling perlu
diberi seawal mungkin kepada mereka yang terlibat.
Punca Kemurungan
- Mengalami peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit. Antaranya:
- Kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak seperti meninggal dunia atau berpisah. Pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai.
- Kehilangan maruah diri tanpa kerelaan hati.
- Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri atau suami atau ahli keluarga).
- Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh: kegagalan dalam kerjaya atau kegagalan dalam rumahtangga).
Dua Khutbah yang Mengisi Jiwa dan Membuka Minda
Segala
puji bagi Allah, dengan izin-Nya, saya masih bernafas sehingga ke Hari Raya Eid
Al-Adha yang jatuh pada hari Jumaat (26 Oktober 2012). Pastinya, perkara yang paling
menarik pada hari ini adalah kaum Muslimin akan mendengar khutbah sebanyak dua
kali. Khutbah pertama selepas selesai mengerjakan Solat Sunat Eid Al-Adha,
solat sunat muakkad dan sebelum menunaikan Solat Jumaat, solat fardhu yang
dikhususkan bagi kaum Muslimin di seluruh pelusuk dunia. Sebenarnya, mendengar
khutbah merupakan peringatan kepada umat Islam bagi menyegarkan semula jiwa dan
sanubari manusia agar kembali bertaqwa kepada Allah. Antara ayat Al-Quran yang
selalu diperdengarkan ketika di dalam khutbah adalah, mafhum firman Allah:
“Wahai orang-orang yang
beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan
sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 102)
Ayat ini memerintahkan orang-orang yang mengimani Allah
s.w.t untuk bertaqwa atau dengan erti kata lain rasa takut kepada Allah. Betapa ayat
ini sarat dengan pesanan untuk memelihara aqidah ummah sejagat dalam menghadapi
hidup sehingga menemui ajal dalam keadaan beriman kepada Allah. Teringat akan pesanan-pesanan dalam kedua-dua
khutbah yang banyak menyentuh isu semasa dan peringatan memelihara aqidah
Islamiyyah. Alhamdulillah, kedua-dua khatib juga terdiri daripada golongan pemuda
dan ruh penyampaian khutbah juga sedikit sebanyak berbeza. Antara perkara yang
disentuh:
Konsep Kebahagiaan dari Perspektif Al-Ghazali
![]() |
| Ilustrasi wajah Imam Al-Ghazali |
KEBAHAGIAAN DAN PERSONALITI INSANI
Al-Ghazali merupakan seorang ulama dan pemikir Islam yang banyak daripada hasil karyanya mengkaji tentang masalah manusia. Karyanya yang menyelami psikologi manusia dari sudut pandang Islam banyak mengulas mengenai pembinaan personaliti melalui pendekatan kerohanian yang berbeza sekali dengan teori dan kajian pemikir-pemikir Barat yang lebih menekan aspek keperibadian fizikal manusia sahaja.
Kebahagiaan adalah kunci utama konsep keperibadian yang cuba diterapkan oleh Al-Ghazali bila mana ia adalah sesuatu yang dicari di dalam dunia ini dan mungkin akan diperoleh pada hari kemudian dengan keimanan dan ketaatannya kepada Allah s.w.t. Tetapi, kebahagiaan yang sempurna hanyalah diberikan apabila tiba hari akhirat kepada roh yang sedar. Kesedaran di sini bertitik tolak kepada roh yang turut disertakan bersama nafsu, akal dan hati ketika berada di dunia, berjaya mengenal Allah dan mengabdikan diri kepada-Nya yakni kembali kepada fitrah penciptaan manusia. Oleh itu, keseimbangan dalam personaliti seseorang individu akan mendorong perasaan gembira yang dialami sebagai punca daripada keadaan dirinya sendiri dan bukan daripada perkara yang di luar jangkaannya. Maka, adalah perlu untuk manusia mengejar kebahagiaan menurut pandangan Al-Ghazali.
Tarbiyyah Ruhiyyah Tangisan kerana Takut kepada Allah - Satu Penilaian Terhadap Persoalan Hati
Oleh: Ustaz Zainudin Hashim (HarakahDaily)
Pendahuluan
Fenomena tangisan di kalangan manusia hari ini mempunyai maksud yang tersendiri, ini kerana ada yang menangis sebab ditinggalkan orang yang amat dikasihi, sama ada seorang kekasih, ibu, bapa, anak-anak, jiran, sanak saudara terdekat dan seumpamanya.
Terdapat juga yang menangis kerana terlalu gembira sebab bertemu semula dengan orang yang terpisah sejak sekian lama, ada juga di kalangan mereka yang terlalu mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton sebuah cerita yang berkonsepkan kesedihan dengan pelbagai karenah dan watak dalam filem tertentu.
Apapun amat sukar hari ini untuk mendapatkan jenis manusia yang menangis kerana takutkan Allah sebab ia amat terbatas, ini kerana jiwa serta hati mereka tidak terikat melalui hubungan dengan Allah selaku Pencipta, atau dengan kata lain hati mereka tidak melalui proses tarbiyyah seperti yang dialami oleh generasi silam.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)



