Generasi Ulul Albab Penyelamat Ummah [28 Mac 2014]




Membina Pemikiran Bersepadu Generasi Ulul Albab


Dalam Kitab Suci al-Qur’an, Allah SWT memuji suatu golongan dalam kalangan orang-orang beriman yang disebut sebagai golongan ulul albab. Golongan ulul albab ini dari segi bahasanya bermaksud golongan yang mempunyai akal fikiran yang bersih. Dari segi istilahnya, ulama tafsir iaitu Imam Ibn Kathir menyatakan bahawa golongan ulul albab ini merupakan golongan yang mempunyai pemikiran yang sempurna sehingga mampu memahami hakikat sesuatu perkara dengan sebenar-benarnya, dan membawa mereka kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Bagi menunjukkan betapa pentingnya golongan ini, istilah ulul albab diulang sebanyak 24 kali melalui 10 surah dalam al-Qur’an. Antara faktor yang menyebabkan generasi ini dimuliakan oleh Allah SWT dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (ayat-ayat kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi golongan ulul albab; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka’.” (Surah Ali ‘Imran ayat 190-191).

Teori Konspirasi Didalangi Tangan Ghaib [27 Februari 2014]




Elakkan Keterlaluan Berfikir Ala ‘Conspiracy Theorist


Pada sekitar tahun 2008 yang lalu, masyarakat dunia pernah dihidangkan dengan serangkaian dokumentari yang diterbitkan oleh sekumpulan anak muda dari Amerika Syarikat bertajuk “The Arrivals”. Dokumentari bersiri ini ditayangkan melalui laman media sosial, YouTube dan mendapat tempat terutama dalam kalangan remaja dan golongan awal dewasa. Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan segala tipu muslihat organisasi rahsia seperti Illuminati dan Freemason terhadap masyarakat dunia umumnya dan kepada umat Islam khususnya.

Dua Kejayaan Sebenar Perlu Dicapai [12 Februari 2014]




Mengecapi Kebahagiaan yang Hakiki


Banyak kes pembunuhan diri yang berlaku mutakhir ini berpunca daripada kehilangan rasa bahagia dalam diri pelakunya. Hakikatnya, setiap insan pasti mengharapkan kebahagiaan dalam hidup. Rasa bahagia ini merupakan suatu fitrah insan yang timbul dalam jiwa dan ia berunsurkan kegembiraan rohani. Maka, ia perlu dihubungkan dengan konteks ketaatan kepada Pencipta manusia iaitulah Allah SWT. Dalam Islam, kebahagiaan merupakan manifestasi daripada kejayaan. Malah, terdapat beberapa terminologi yang disebutkan di dalam al-Qur’an untuk menggambarkan kepada manusia mengenai kebahagiaan yang berkait dengan kejayaan seperti an-najah (kejayaan), al-fawz (kemenangan), al-falah (kemakmuran) dan as-sa‘adah (kegembiraan). Secara umumnya, terdapat dua bentuk kejayaan atau kebaikan sepertimana yang sering diminta di dalam doa yang juga firman Allah SWT yang bermaksud:

… ‘Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab neraka’.” (Surah al-Baqarah ayat 201)

Ilmu Sains Alat Mengenal Pencipta [30 Januari 2014]




Sains sebagai Ilmu Alat Bukan Ideologi Masyarakat


Akidah merupakan acuan daripada Allah SWT yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Setiap umat Islam wajib meyakini bahawa Allah SWT merupakan Pencipta yang mengatur perjalanan alam ini sejak dari permulaan ia diciptakan sehinggalah kepada pengakhirannya kelak. Antara cabang ilmu yang menjadi instrumen penting untuk membuktikan kewujudan Allah SWT adalah ilmu sains. Sains sangat mementingkan penelitian secara sistematik terhadap sesuatu fenomena yang membolehkan manusia mengetahui sifat fenomena tersebut dan dapat membuat andaian perkara yang boleh berlaku melalui penjelasan sebab dan akibat (causality). Walau bagaimanapun, era kemajuan sains dan teknologi kini menyaksikan terdapat fahaman yang terlalu menekankan kepercayaan bahawa sains berupaya untuk meramal masa hadapan sehingga mereka menafikan kebergantungan manusia dengan Allah SWT. Fahaman seperti inilah dikenali sebagai saintisme.

Petunjuk Wahyu Pandu Akal Mengenal Tuhan [22 Disember 2013]




Fitrah Bertuhan Berasaskan Wahyu

Manusia diberikan kelebihan akal yang membezakan peranan manusia dengan makhluk-makhluk lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, kerohanian manusia turut terkomposisi bersama nafsu dan hati. Ketiga-tiga komponen spiritual ini merupakan pemberian Tuhan yang menuruti fitrah diri manusia serta masing-masing mempunyai fungsinya yang tertentu. Sudah pasti pemberian ini akan membawa manusia secara semula jadi untuk mengenal Pemberinya dengan fitrah bertuhan. Melalui naluri tersebut, jiwa manusia terdorong untuk memenuhi keinginannya dalam memperhambakan diri kepada suatu kuasa yang lebih tinggi sebagai tempat bergantung dalam kehidupan. Keberadaan elemen inilah yang menyebabkan manusia ingin melakukan penyembahan atau amalan ritual yang seumpamanya.

© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft