Al-Quran sebagai Sumber Utama Perundangan Islam



Oleh: Mohd Syahmir bin Alias (Tugasan Sumber dan Prinsip Perundangan Islam)

PENGENALAN

-          Al-Qur’an merupakan sumber utama hukum-hukum Ilahi.
-          Al-Qur’an lebih diutamakan daripada sumber-sumber lain yang dirujuk guna mendapatkan berbagai hukum (ahkam) syari’ah.
-          Al-Qur’an telah dan akan tetap – selain merupakan sumber komprehensif hukum-hukum Ilahi – juga menjadi kriteria untuk menilai berbagai hadits.
-          Atas dasar inilah, sejak zaman nabi Muhammad s.a.w hingga saat ini dan untuk selamanya, Al-Qur’an telah menjadi sumber rujukan utama bagi para fuqaha Islam.

DEFINISI AL-QURAN

-          Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibrail a.s di dalam bahasa Arab bermula dari Surah Al-Fatihah hingga Surah An-Nas ditulis dalam mushaf yang periwayatan secara mutawwatir dan menjadi ibadah apabila
membacanya.

DEFINISI PERUNDANGAN ISLAM

-          Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, ibadah (solat, zakat, puasa, haji dan ekonomi), syariah, politik, sosial, makanan dan minuman serta akhlak yang perlu diyakini dan dipatuhi untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

DALIL PENJELASAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA PERUNDANGAN ISLAM

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”. (Surah An-Nisa’,4: 59)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu ber-pegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. (Imam Malik)

ASAS PERUNDANGAN ISLAM MENURUT AL-QURAN

-          Hukum Iktikad iaitu hukum-hukum yang berhubungan dengan akidah dan keimanan.
-          Hukum Akhlak iaitu hukum-hukum yang berhubungan dengan perilaku seorang mukallaf untuk menghiaskan dirinya dengan sifat-sifat terpuji dan menjauhkan diri dari segala sifat tercela yang menyebabkan kehinaan.
-          Hukum Amali yakni segala peraturan hukum yang berkaitan dengan segala perbuatan, perjanjian dan muamalah sesama manusia. Aspek hukum inilah yang lazimnya disebut dengan fiqh al-Quran dan itulah yang dikembangkan oleh ilmu usul fiqh
-          Hukum pertama yang menjadi dasar kepada agama, manakala hukum kedua menjadi penyempurna bahagian yang pertama dan hukum amali yang juga disebut syariat adalah bahagian hukum-hukum yang diperbincangkan dan mencakupi persoalan fekah.

SIFAT-SIFAT AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PERUNDANGAN ISLAM

-          Al-Quran Tidak Memberatkan
o   “… Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan…” (Surah Al-Baqarah, 2: 185)
-          Al-Quran Turun Secara Berperingkat-peringkat dalam Perlaksanaannya
o   Agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan.
o   Turunnya Al-Qur’an berdasarkan suatu kejadian tertentu akan lebih berkesan dan mempengaruhi jiwa dan hati manusia.

PERINGKAT PENGHARAMAN ARAK DAN HIKMAHNYA

-          Ayat Al-Quran pertama diturunkan ketika di Makkah di mana di dalam ayat itu Allah belum lagi menjelaskan pengharaman arak dan masih boleh diminum ketika itu.
o   “Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya.” (Surah An-Nahl: 67)
-          Ayat kedua ini menjelaskan perbezaan di antara baik dan buruk arak. Ia juga menjelaskan bahawa dosa arak adalah lebih besar daripada manfaatnya.
o   Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi . Katakanlah: "pada kedua-duanya  ada dosa besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia ,tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya "…” (Surah Al-Baqarah: 219)
-          Ayat ketiga ini pula melarang umat Islam ketika itu meminum arak tatkala hampir waktu untuk bersolat. Perkara ini berlaku kerana imam sembahyang ketika itu dikatakan telah tersalah membaca Surah Al-Kafirun ayat 6.
o   “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan…” (Surah An-Nisa: 43)
-          Ayat keempat ini mengharamkan arak secara sekali gus. Jumhur fuqaha mengharamkan arak disebabkan ia adalah najis dan memabukkan. Ayat ini adalah dalil yang putus mengenai pengharaman meminum arak.
o   “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Maidah: 90)

KEPENTINGAN PERLAKSANAAN PERUNDANGAN ISLAM BERSUMBERKAN WAHYU

-          Untuk usaha menjaga agama, Islam mengharamkan riddah (murtad) dan mewajibkan hukuman mati ke atas sesiapa yang murtad di samping memberi kebebasan beragama kepada non-muslim kerana tiada paksaan di dalam beragama.
-          Untuk menjaga nyawa, Islam telah mengharamkan pembunuhan serta menetapkan hukuman qisas ataupun diyat atau Irsy terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan bunuh dan yang berkaitan dengannya.
-          Untuk menjaga akal, Islam mengharamkan arak serta setiap yang memabukkan dan telah menetapkan hukuman kepada peminum arak iaitu dikenakan sebatan sebanyak 80 sebatan.
-          Untuk menjaga keturunan pula Islam mengharamkan perbuatan zina. Sesiapa yang didapati bersalah, Allah SWT telah menetapkan hukuman rejam sampai mati bagi sesiapa yang sudah berkahwin dan 100 kali sebatan kepada mereka yang masih bujang.
-          Untuk menjaga maruah, Islam mengharamkan qazaf (menuduh tanpa bukti). Hukuman kepada pesalah qazaf iaitu sebatan sebanyak 80 kali.
-          Untuk menjaga harta, Islam telah mengharamkan kegiatan sariqah (pencurian) serta hirabah (rompakan). Kepada pencuri dipotong tangannya sebagai hukuman. Manakala hukuman kepada perompak pula hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang (tangan kanan kaki kiri). Sekiranya rompakan itu disertai dengan pembunuhan, maka hukuman mati hendaklah dijatuhkan terhadap pesalah oleh mahkamah.

HIKMAH HUKUMAN ZINA MENURUT SAINTIFIK

-         Bagi penzina yang belum berkahwin mereka mempunyai antibodi limfosit T4 yang kuat dan masih bertenaga.
-         Sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaannya, limfosit T4nya akan diserang oleh HIV yang akan menyebabkan sel-sel tersebut musnah.
-         Berdasarkan kajian, perkara ini boleh disembuh melalui penderaan pada badannya bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru.
-         Jika penghidap AIDS sudah berkahwin apabila dihinggapi HIV, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding mereka yang belum berkahwin.
-         Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan sperma-sperma yang baru.
-         Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
-         Dalil Al-Quran mengenai hukuman kepada penzina:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” (Surah An-Nur: 2)

12 Comments to "Al-Quran sebagai Sumber Utama Perundangan Islam"

  1. Assalamualaikum, saya ambil sikit maklumat dalam ni ya? Terima Kasih.

  2. Assalamualaikum, saya ambil maklumat ni ye. Terimakasih, moga Allah rahmati.

  3. Assalamualaikum, saya ambil maklumat ni ye. Terimakasih, moga Allah rahmati.

  4. assalamualaikum. minta izin untuk mengambil maklumat dari sini.terima kasih

  5. Assalamualaikum, izinkan saya ambil maklumat sedikit dari sini ye, terima kasih.

  6. assalamualaikum, saya ambil maklumat sedikit ye, terima kasih.

  7. Tanpa Nama

    Assalamualaikum

    Tuan,

    Saya turut merujuk artikel ini dan izinkan saya mengambil maklumat berkaitan. Terima kasih.

  8. Izin ambik ilmu berkaitan perundangan islam

  9. assalamualaikum ,izikan saya mengambil sedikit sedikit maklumat ini .

  10. semoga Allah melindungi kita semua insyaAllah....terima kasih atas ilmu yang dikongsi

  11. ape kesan alquran dan assunah dalam perundangan islam

  12. Tanpa Nama

    Assalamualaikum. Saya minta izin untuk jadikan artikel ini sebagai rujukan saya. Terima kasih.

Catat Ulasan

© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft