Hikmah Mandi Wajib dan Bertayammum menurut Kaca Mata Sains
Oleh: Dr. Jamnul Azhar bin Hj. Mulkan
![]() |
Doktor perubatan dan pendakwah |
Adalah banyak diketahui
oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma
yang hidup secara komensalisme. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di
hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan
hubungan kelamin. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini
akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi
junub.
Bakteria ini jika
sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan
(imunisasi) badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan
menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan pada tubuh badan kita. Itulah sebabnya
Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan
daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum,
berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah
makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah
menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali keluar mani,
datang haid dan nifas serta berjimak.
Ia adalah bagi tujuan
pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan
padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan, ia akan mati dan tidak dapat
menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak
penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
Tayammum sebagai Pengganti Wudu’
Tayammum sebagai Pengganti Wudu’
Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’ (dua jenis penyucian diri dalam Islam) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhidrasi. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan.
0 Comments to "Hikmah Mandi Wajib dan Bertayammum menurut Kaca Mata Sains"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catat Ulasan