Perlunya Penggantian kepada Andaian-Andaian Asas dalam Sains Moden Barat


Oleh: Prof. Osman Bakar
Terjemahan: Foundational Assumptions of Modern Western Science

Andaian-andaian asas dalam sains moden Barat perlu diganti kerana ia sangat bercanggah dengan kebanyakan penemuan dalam sains selain dalam kepercayaan agama dan tradisi budaya sebahagian besar manusia. Justeru, ia perlu diganti dengan suatu andaian supaya sains menjadi lebih bersifat holistik.




ANDAIAN SAINS MODEN BARAT
ANDAIAN GANTIAN
Anggapan dan kaedah saintifik hanya dikembangkan oleh sains Barat, oleh itu menjadikan ia sahaja sains yang absah.
Budaya selain Barat sama ada budaya kuno atau budaya yang masih kekal sehingga kini telah mencipta sains yang teruji keabsahan.
Terdapat hanya satu realiti iaitu alam semesta yang terdiri daripada jirim dan tenaga.
Terdapat banyak tahap realiti yang salah satunya adalah dunia fizikal.
Realiti adalah semua yang bersifat fizikal, boleh diukur atau boleh dideduksi  daripada pemerhatian saintifik. Selain daripada itu dikatakan sebagai bukan realiti.
Realiti bukan fizikal (roh, benda halus, psikik) adalah dalam jangkauan yang dialami manusia.
Dunia material secara sengaja berhimpun daripada unit fizik terkecil kepada struktur yang lebih besar dan pola interaktif melalui mekanisme hukum alam yang boleh ditemui.
Dunia material boleh digambarkan sebagai telah wujud melalui kesedaran kosmik, penciptaan atau manifestasi ketuhanan.
Dunia material wujud secara bebas dalam minda. Minda atau kesedaran berkembang bersama-sama dunia fizikal yang wujud sebelum ianya muncul dan kemudiannya wujudlah kesedaran.
Kesedaran adalah aspek asas sesuatu realiti. Kesedaranlah yang menimbulkan jirim, bukan dengan cara lain.
Alam semesta adalah bukan hidupan, wujud tanpa tujuan atau kecerdasan dan boleh dihurai sebagai konfigurasi jirim dan tenaga. Alam semesta tidak mempunyai makna intrinsik atau tujuan.
Alam semesta adalah suatu realiti hidup yang memiliki kecerdasan dan tujuan.
Semua penyelidikan bertujuan untuk menunjukkan fenomena psikik sebagai sesuatu yang benar adalah tidak saintifik.
Fenomena psikik adalah merupakan sebahagian realiti kosmik dan sebarang penyelidikan yang ingin menunjukkan realiti perkara tersebut berkemungkinan saintifik.
Manusia adalah tidak berkepentingan, hanyalah sebagai spesies yang tinggal di sebuah planet.
Spesies manusia adalah yang paling penting di antara semua benda hidup di alam semesta. Manusia walaupun mikrokosmos, pada dasarnya terdiri dalam dunia yang berada di luar dirinya. Planet bumi sangat bermakna bagi spesies manusia.
Evolusi tidak mempunyai sebarang tujuan, berlaku secara mutasi rawak dan pemilihan semula jadi. Tiada reka bentuk yang menggambarkan kecerdasan dalam evolusi.
Alam semesta adalah suatu sistem kehidupan. Evolusi mempunyai tujuan.
Benda hidup boleh terhasil daripada benda bukan hidup.
Sumber sesuatu hidupan adalah transenden kepada dunia material.
Penjelasan saintifik sentiasa lebih kukuh daripada penjelasan agama dan kerohanian.
Penjelasan saintifik adalah pelengkap dan bukti kebenaran penjelasan agama dan kerohanian.

0 Comments to "Perlunya Penggantian kepada Andaian-Andaian Asas dalam Sains Moden Barat"

Catat Ulasan

© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft