Asal-Usul Empat Gospel - Mark, Matthew, Luke, John


Bible terbahagi kepada Old Testament
dan New Testament
Terjemahan: Mohd Syahmir bin Alias (Kelab IPSI USM)
Kitab Injil atau Bible pada masa ini bukanlah wahyu yang diturunkan daripada Tuhan, sebaliknya ia hanya sekadar rekaan yang dikumpul  dan ditulis atas titah perintah Maharaja Rom. Pada sekitar 325 tahun selepas Nabi Isa a.s  diangkat ke langit, Konstantinopel pada masa itu dipenuhi oleh 700 gospel yang diedar menurut sudut pandang individu tertentu. Ada dalam kalangan mereka yang Unitarian dan ada juga dalam kalangan mereka yang Trinitarian. Pada ketika itu juga terdapat pertindihan yang serius dalam hal berkaitan keagamaan. Perkara ini mengakibatkan Empayar Rom mengalami krisis dalam perundangan dan pemerintahannya.
Dengan itu, Maharaja Rom telah mengambil langkah mengadakan suatu mesyuarat yang menemukan semua sekolah agama dan pemikiran di situ untuk mewujudkan suatu resolusi. Seramai 2048 bishop telah digembleng bagi menyusun perkara berkaitan agama Kristian dengan menentukan apa yang perlu dikuat kuasakan sebagai kata-kata Tuhan dalam Bible.
Seterusnya, bishop-bishop tersebut berbincang, berhujah malah mengadakan debat-debat untuk mempertahankan hujah mereka yang berlangsung selama hamper tiga bulan. Kemudian, Maharaja Konstantinopel sendiri bersama-sama dalam mengatasi masalah ini. Beliau telah menyingkirkan dan menyuraikan sekurang-kurangnya 1730 bishop daripada mesyuarat itu. Justeru, hanya 318 orang sahaja yang layak untuk menentukan gospel tersebut. Kesemua mereka yang terpilih itu adalah tali barut dan penyokong kuat Empayar Rom dan Empayar Konstantinopel. Bishop-bishop ini telah mempertimbang serta memilih 50 daripada 700 gospel yang ada ketika itu.  Akhirnya, hanya empat gospel sahaja yang dikatakan selari dan mempunyai laporan dan cerita seakan-akan serupa yang diterima dan diangkat sebagai hukum kanun yakni mempunyai kuasa keagamaan. Selebihnya ditolak.
Pernyataan daripada keempat-empat gospel tersebut terbukti hanyalah buatan manusia dan palsu. Lebih malang lagi, Nabi Isa a.s juga tidak pernah meninggalkan sebarang cacatan bertulis mengenai apa yang dikatakan oleh baginda dalam khutbah-khutbahnya. Justeru, perkara ini banyak menimbulkan kekeliruan dan percanggahan serta kesemuanya adalah bukan asli dan tidak autentik Injil Nabi Isa a.s.
Selain itu, Nabi Isa juga bertutur dalam bahasa Aramaik yang berada dalam kumpulan bahasa Arab. Tetapi, Injil yang muncul dahulu adalah dalam bahasa Hebrew, kemudian bertukar kepada bahasa Yunani, seterusnya penggunaan bahasa Latin sebelum bahasa Inggeris.

4 Comments to "Asal-Usul Empat Gospel - Mark, Matthew, Luke, John"

  1. Tanpa Nama

    Anda Kata Bible bukan wahyu Dari tuhan......anda salah Sama sekali

  2. Tanpa Nama

    Injil Luke,mark, Matthew,John itu asli ditulis pada abad 1 .........dibantu oleh wahyu tuhan ketika mereka menulis injil itu.........peristiwa penyaliban telah berlaku sebelum Islam datang....
    Selain itu,makna Nama jesus Christ saja kamu tidak tahu ...Muslim hanya tahu dia Nabi....tapi salah sekali....jesus Christ ialah Firman Allah menjadi manusia.....lihat gospel chapter 1 verse 1-2.....

  3. Tanpa Nama

    Makna Nama jesus Christ itu ialah...Allah menyelamatkan

  4. Tanpa Nama

    Allah bukan la Tuhan yang menyerupai manusia.. Allah tidak sama sekali dgn manusia..jika disamakan dengan manusia pasti Allah akan mati sama seperti manusia.

    Kamu kena faham apa maksud islam..islam bermaksud selamat dan benar iaitu kebenaran untuk selamatkan dari berlaku penyelewengan terhadap agama Allah selepas peristiwa penyaliban tersebut. Sebab itu muncul ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi yang terakhir diutuskan Allah iaitu Nabi Muhammad SAW

Catat Ulasan

© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft