Keunikan Sains dalam Tradisi Islam Silam
Ketokohan
sarjana sains Muslim sewaktu zaman kegemilangan Islam telah menarik minat para
sarjana Muslim kontemporari membongkar rahsia sains yang diasaskan oleh mereka.
Kesedaran untuk menerapkan Islam dalam sains ini diperdebatkan secara kritis
oleh para cendekiawan Muslim kontemporari baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Hal ini kerana, sains yang berasaskan Islam ini mempunyai tasawur (pandangan
alam atau worldview) dan sumber pengetahuan yang berbeza dengan sains yang
acuannya dari Barat.
Terdapat tiga asas penting untuk mengembalikan semula sains berasaskan Islam ini. Pertama, peranan masyarakat dalam mencorak peradaban; kedua, pembentukan tasawur yang khusus dan ciri-ciri yang unik; dan ketiga, mengelak ancaman sains Barat terhadap kesejahteraan manusia. Ketiga-tiga asas ini merupakan pandangan yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Ziauddin Sardar dalam bukunya Explorations in Islamic Science.
Sifat Tawaduk Punca Ilmu Berkat [5 Mei 2014]
Sifat Tawaduk Punca Berkatnya Ilmu
Setiap
insan memerlukan ilmu pengetahuan sebagai tunjang utama dalam menjalani kehidupan
di dunia mahupun di akhirat kelak. Ilmu pengetahuan lazimnya diterima melalui
suatu proses pendidikan yang berterusan. Dalam Islam, ibu bapa bertanggungjawab
mengajarkan anak-anak mereka ilmu asas untuk mengenal Allah SWT dan mentauhidkan-Nya.
Justeru, saranan tersebut bertepatanlah dengan konsep didikan yang pertama datangnya
daripada ibu bapa.
Bait-bait
azan dilafazkan oleh seorang bapa kepada bayi yang baru lahir ke dunia ini
merupakan satu ilmu pengenalan untuk mentauhidkan Allah SWT. Oleh yang demikian,
dari perspektif Islam, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh seseorang Muslim sepatutnya
menjadikan individu Muslim itu lebih dekat kepada Penciptanya. Sikap ini mampu
dipupuk dengan menanamkan sifat tawaduk dalam diri.
Meneliti Kebesaran Tuhan Melalui Ilmu Falak [15 April 2014]
Meneliti Kebesaran Allah Melalui Kaca
Mata Ilmu Falak
Dunia
moden pada hari ini dipenuhi dengan kecanggihan penciptaan teknologi sebagai
hasil daripada usaha penyelidikan manusia dari sekecil-kecil teknologi seperti teknologi
nano sehingga sebesar-besar teknologi seperti teknologi satelit yang melingkari
planet bumi. Realitinya, teknologi merupakan suatu manifestasi daripada
perkembangan dalam cabang-cabang ilmu sains. Antara cabang ilmu sains yang
berkembang pesat pada hari ini ialah ilmu astronomi atau ilmu falak. Penerokaan
demi penerokaan yang dilakukan oleh para ahli falak menjadi kunci untuk mendedahkan
sebahagian daripada rahsia isi alam semesta. Dengan bantuan daripada teknologi
yang dibangunkan, mereka dapat mencerap dan memerhati secara lebih mendalam
terhadap sesuatu objek angkasa.
Membudayakan Ilmu dalam Kehidupan
Khutbah Jumaat di Masjid al-Malik Khalid 24 Mei 2013
Khatib: Saudara Musmuliadi Kamaruding
Sidang Muslimin,
Pada hari Jumaat ini penghulu segala hari, di pertengahan bulan Rejab ini, kita masih lagi diberi kesempatan dan peluang untuk berada di bumi yang bersifat sementara ini. Justeru, saya ingin menyeru kepada diri saya sendiri serta saudara sekalian agar sama-sama kita memperlihat tanda syukur kita ini dengan mengikhlaskan diri mempertingkat nilai keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dengan erti taqwa yang sebenarnya. Marilah kita melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Semoga kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat kelak. Tidak lupa juga, marilah sama-sama kita berselawat kepada Nabi Muhammad SAW untuk mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. InshaAllah, khutbah pada hari ini berkisarkan “Kronologi Membudayakan Ilmu dalam Kehidupan”.
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)


