Isu-Isu Epistemologi Menurut Perspektif Islam



Suntingan Semula: Epistemologi Menurut Perspektif Islam – Beberapa Isu Pilihan untuk Diskusi
Oleh: Prof  Osman Bakar


Mana-mana epistemologi – teori ilmu – semestinya berkemampuan menghubungkaitkan dengan jelas antara dua perkara, iaitu objek yang diketahui dan subjek yang mengetahui. Perkara yang membezakan sesuatu epistemologi dengan epistemologi yang lain adalah tanggapan terhadap ruang lingkup realiti objek dan ruang lingkup realiti subjek yang dapat diterima sebagai meyakinkan. Aliran utama epistemologi moden umpamanya yang sebenarnya merupakan ciptaan pemikiran Barat didapati berbeza dengan epistemologi Islam pada umumnya dari segi tanggapan terhadap kedua dua ruang lingkup ini. Di Barat terdapat sebilangan ilmuwan dan pemikir yang berpegang pada epistemologi yang hampir serupa dengan epistemologi Islam. Tetapi mereka ini merupakan golongan minoriti.

Akal bukan terletak dalam otak
Adalah jelas bahawa konsep realiti sangat mempengaruhi epistemologi. Bagi majoriti ilmuwan dan pemikir dalam peradaban Barat moden, perkara yang diakui sebagai realiti adalah terbatas kepada apa yang dapat disaksikan oleh pancaindera atau yang dapat disahkan oleh kaedah empirikal. Perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan menggunakan kaedah ini disangsikan kewujudannya atau pun ditolak sarna sekali. Kaedah saintifik dijadikan penentu tunggal kewujudan sesuatu. Isunya, konsep pembuktian kebenaran terbatas kepada penggunasuaian kaedah saintifik tetapi makna dan pengertian saintifik itu sendiri disempitkan kepada pengetahuan empirikal. Tegasnya, ruang lingkup realiti objek menurut aliran pemikiran ini adalah terbatas kepada alam fizikal.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW



Allahumma salli 'ala saiyidina Muhammad


Tarikh: 9 Zulhijjah 10 H
Tempat: Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Kenali Kemurungan dan Tips Mengatasi

Oleh: Hjh. Kamaliah Abu (Ketua Pegawai Psikologi, UiTM)
28 September 2011

Pengenalan
Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau  putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan  yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu  emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi  dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada  mereka yang terlibat.

Punca Kemurungan
  • Mengalami peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit. Antaranya:
    • Kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak seperti meninggal dunia atau berpisah. Pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai.
    • Kehilangan maruah diri tanpa kerelaan hati.
  • Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri atau suami atau ahli keluarga).
  • Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh: kegagalan dalam kerjaya atau kegagalan dalam rumahtangga).

Fungsi Penyelidikan Saintifik: Tadabbur Kisah Nabi Ibrahim AS



Tingkatan (1) mata, (2) akal, (3) hati
Pasti kita pernah mendengar kisah Nabi Ibrahim mencari siapakah Tuhan yang sebenar, bukan? Ia difirmankan dalam Surah al-An'am ayat 75-79. Pernah tak kita mentadabbur ayat-ayat ini? 

6:75. Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

6:76. Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

6:77. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

6:78. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft