Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW



Allahumma salli 'ala saiyidina Muhammad


Tarikh: 9 Zulhijjah 10 H
Tempat: Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Kenali Kemurungan dan Tips Mengatasi

Oleh: Hjh. Kamaliah Abu (Ketua Pegawai Psikologi, UiTM)
28 September 2011

Pengenalan
Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau  putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan  yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu  emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi  dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada  mereka yang terlibat.

Punca Kemurungan
  • Mengalami peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit. Antaranya:
    • Kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak seperti meninggal dunia atau berpisah. Pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai.
    • Kehilangan maruah diri tanpa kerelaan hati.
  • Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri atau suami atau ahli keluarga).
  • Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh: kegagalan dalam kerjaya atau kegagalan dalam rumahtangga).

© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft