Pendekatan Politik Pembangunan Berteraskan Islam
![]() |
Kesepaduan pembangunan kerohanian dan material melahirkan pelaku pembangunan (modal insan) yang mendapat marhatillah. |
Dua kaedah politik pembangunan berteraskan Islam:
Bil.
|
Top-Down
|
Bottom-Up
|
1.
|
Inisiatif
penguasa pembangunan.
-
Kerajaan, agensi pembangunan,
swasta.
-
Political will.
|
Inisiatif
kumpulan sasaran sendiri.
-
NGO, perkampungan, jemaah,
gerakan.
-
Self-content, self-reliance.
|
2.
|
Mobilisasi
kuasa, asset, peralatan, peruntukan, peraturan dsb.
|
Mobilisasi
ideologi dan motif perjuangan.
|
3.
|
Pembinaan
dasar dan pembuatan keputusan tanpa partisipasi kumpulan sasaran.
|
Pembinaan
dasar, pembuatan keputusan dan perlaksanaan secara berdikari.
|
4.
|
Bersifat
pemaksaan (imposition) ke atas kumpulan sasaran.
|
Bersifat
akar umbi (grassroots) oleh kumpulan sasaran.
|
5.
|
Kurang
mengambil kira kearifan tempatan (local wisdom).
|
Mengambil
kira kearifan tempatan (local wisdom).
|
6.
|
Bersifat
luaran (exogenous).
-
Suka atau tidak, kumpulan
sasaran perlu terima arahan pihak atasan.
|
Bersifat
dalaman (indigenous).
-
Orang tempatan memahami perkara
yang diinginkan.
|
7.
|
Kurang
rasa berkepunyaan (sense of belonging) dalam kalangan kumpulan
sasaran.
|
Rasa
berkepunyaan bersama (mutual sense of belonging) dalam kalangan
kumpulan sasaran.
|
8.
|
Pendekatan
pembangunan kurang holistik.
-
Perlu bertahalluf siyasi
dengan sistem-sistem lain.
|
Pendekatan
pembangunan lebih holistik.
-
Perkumpulan lebih kecil, mudah
dikawal dan mudah melaksana.
|
9.
|
Terikat
dengan ideologi dan permainan politik.
|
Terdedah
dengan permainan dan penguasaan politik.
-
Lebih rapuh (vulnerable, fragile).
|
10.
|
Contoh:
Islam Hadhari (Malaysia), Membangun Bersama Islam
(Kelantan).
|
Contoh:
Darut Tauhid (Indonesia), Ban Nua (Thailand).
|
Ibn al-Haytham: Saintis Muslim dan Sifat 'Ubudiyyah-nya
Ibn
al-Haytham merupakan seorang cendekiawan Islam yang sangat patuh kepada ajaran
Islam. Ibn al-Haytham begitu berminat mengkaji ilmu sains tabii (natural
sciences). Natijahnya adalah ia menjadi alat untuk beliau mendekatkan dirinya
kepada Allah SWT. Beliau turut mempamerkan bahawa dengan tauhid dan sifat ‘ubudiyyat
inilah yang menjadikan dirinya taat dan patuh kepada kehendak Allah SWT. Dalam
hal ini, beliau melontarkan pandangannya seperti petikan kata-kata berikut:
“Saya mengambil keputusan untuk mengetahui perkara apakah yang membawa kita lebih dekat kepada Allah, apakah yang paling diredhai-Nya dan perkara apakah yang membuat kita tunduk kepada kehendak-Nya yang pastinya tidak dapat dihindari.”
Berdasarkan
petikan kata itu, jelaslah bahawa Ibn al-Haytham telah meletakkan matlamat
utama dalam melakukan penyelidikan saintifik adalah untuk mencapai keredhaan
Allah SWT atau mardat
Allah.
Hubungan yang erat antara akidah, ibadah dan akhlak yang dijaga secara
bersungguh-sungguh dapat membawa manusia mencapai keredhaan Allah SWT. Pada
dasarnya, tasawur pemikiran saintifik Ibn al-Haytham ini ditunjangi oleh ikatan
tauhid yang utuh kepada Allah SWT. Perihal tauhid ini telah ditekankan dalam
al-Qur’an sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah
(wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak dan
Dia tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya.”
(al-Ikhlas, 112:1-4).
Langgan:
Catatan (Atom)