Penulisan dan Umat Islam


Pernah saya menghadiri sebuah Workshop. Sewaktu ucapan Keynote Address, dipaparkan kepada para peserta Workshop tersebut statistik penulisan jurnal yang diterbitkan oleh umat Islam di seluruh dunia. Malangnya, saya tidak sempat menyalinnya mahupun mengingatkan angkanya tetapi adalah sesuatu yang menyedihkan apabila dunia Arab dan alam Melayu yang rata-rata masyarakatnya beragama Islam amat kurang dalam penerbitan jurnal berbanding sarjana-sarjana Barat dan Timur terutama di Jepun. Walhal, wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (Sallahu ‘alaihi Wasallam) iaitu Surah al-‘Alaq ayat 1-5 dimulai dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasihani yang bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Saidina ‘Ali bin Abi Talib (Karamallahu Wajhah) pernah berkata dalam atharnya untuk menjelaskan perkara yang mempunyai persamaan dengan ayat al-Quran di atas:

“Mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang.”
© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft