Hukum Allah Solusi Terbaik

Hukuman sebat mengikut
undang-undang sivil yang zalim!

Oleh: Mohd Syahmir bin Alias (Tugasan TITAS)

Pengenalan Perundangan Islam
Agama Islam sememangnya sebuah agama yang menyeluruh dalam pelbagai sudut kehidupan insani. Dari aspek perundangan Islam, terdapat tiga jenis hukuman dalam kesalahan jenayah yang dilakukan oleh seseorang Muslim. Antaranya ialah hukuman hudud, qisas dan takzir. Segala hukuman ini termaktub dalam kitab suci Al-Quran yang datangnya daripada Pencipta alam semesta ini iaitu Allah s.w.t. serta direkodkan dalam hadis-hadis sahih Nabi Muhammad s.a.w.. Hal ini sudah pastinya mempunyai hikmah dan kemaslahatan untuk seluruh umat manusia.

Sebatan mengikut hukum hudud yang dikenakan
kepada perempuan berdasarkan perintah Allah
Jenayah yang Disabitkan Hukum Hudud
            Antara kesalahan atau jenayah yang dikenakan hukuman hudud ialah berzina, menuduh seseorang melakukan perbuatan zina, meminum minuman keras atau arak, mencuri, merompak, melakukan pemberontakan dan keluar daripada agama Islam atau murtad. Setiap jenayah yang dilakukan seseorang penjenayah perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum disabit dengan hukuman hudud yang diperjelas di bawah. Justeru, Islam bersifat rasional dan tidak bertindak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman kepada ummatnya.
 
Hukuman Hudud yang Dijatuhkan bagi Setiap Kesalahan
            Bagi pesalah yang melakukan kesalahan zina, pesalah akan dikenakan hukuman 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin, manakala bagi yang telah berkahwin dikenakan hukuman rejam dengan tanah keras yang digumpal sehinggalah pesalah meninggal dunia. Seterusnya, bagi kesalahan menuduh seseorang yang baik berzina, pesalah akan disabitkan dengan hukuman 80 kali sebatan dan tidak dibenarkan daripada menjadi saksi selama-lamanya. Manakala, Islam telah menetapkan hukuman 40 kali sebatan bagi peminum arak yang meminumnya di hadapan dua orang saksi lelaki atau peminum mengakui perbuatannya itu.
Selain itu, Islam menggariskan hukuman kepada pencuri ialah memotong tangannya dengan syarat-syarat tertentu. Bagi perompak pula cara hukum hudud yang diimplementasikan ialah sekiranya rompakannya itu sampai ke tahap membunuh hendaklah perompak dibunuh dan jika hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan yang berlaku seterusnya manakala sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara.
Manakala, bagi seseorang yang murtad perlu dijalankan hukuman bunuh ke atasnya kerana orang yang murtad itu telah mengakui bahawa dia telah berpaling tadah daripada agama Islam setelah diberi tempoh untuk bertaubat sebanyak tiga kali atau tiga bulan. Akhir sekali, kesalahan yang disabitkan hukuman hudud kepada pemberontak kepada kerajaan Islam yang taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya hendaklah diperangi mereka dengan membunuh. Segala yang telah ditetapkan hukuman dalam islam ini bukan rekaan manusia semata-mata tetapi buktinya disebut di dalam kalam Allah kitab Al-Quran dan hadis Rasul-Nya.
Perbandingan Hukuman Hudud dengan Hukuman Sivil
Antara spesifikasi hukuman sebat yang dikenakan dalam hukuman sivil adalah rotan yang digunakan terdiri dari berbagai saiz, pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat yang hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja. Justeru, bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat manakala pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada rangka yang dikhaskan dan diikat kedua-dua kaki dan tangannya. Sesetenggah penyebat akan menyebat pesalah dengan cara terus dan ada sesetenggah penyebat akan menyebat dengan cara sentapan. Oleh yang demikian, sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.
Berbeza dengan cara sebatan Islam, panjang rotan tidak melebihi 1.22 meter, tebal tidak melebihi 1.25 sentimeter. Jika pesalah wanita yang hamil, hukuman dilaksanakan selepas dua bulan melahirkan anak. Tambahan, sebatan tidak boleh mengenai muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat cara berdiri manakala pesalah perempuan disebat dalam keadaan duduk. Sebatan juga dikenakan dengan kekuatan yang sederhana herana penyebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepala. Oleh itu, ia tidak melukakan kulit pesalah.
Kebaikan Hukuman Hudud dari Perspektif Saintifik
Bagi penzina yang belum berkahwin mereka mempunyai antibodi limfosit T4 yang kuat dan masih bertenaga. Sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaannya, limfosit T4nya akan diserang oleh HIV yang akan menyebabkan sel-sel tersebut  musnah. Berdasarkan kajian, perkara ini boleh disembuh melalui penderaan pada badannya bagi merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru. Jika penghidap AIDS sudah berkahwin apabila dihinggapi HIV, sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan ke arah menghasilkan sperma-sperma yang baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang takut untuk melakukan kesalahan yang sama. Manakala, dari sudut psikologinya, hukuman memotong tangan bagi pencuri adalah memberikan pemilik barang atau perkara yang dicuri itu suatu perasaan tidak berdendam dengan pencuri tersebut. Hal ini juga menjurus kepada sifat maaf-memaafkan yang boleh menggugurkan hukuman tersebut.
Kesimpulan
-->
Sebagai impak perlaksanaan hukum hudud ini adalah kadar jenayah di mana-mana negara Islam dapat dikurangkan. Hal ini dibuktikan lagi dengan perjalanan hukuman ini di negara Arab Saudi berbanding negara maju lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Selain itu, hukum hudud hanya dikenakan dikenakan terhadap orang Islam sahaja namun jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka tidak dikenakan hukuman ini. Sebaliknya mereka dikenakan hukuman sivil kecuali permintaan mereka untuk hukuman hudud kerana sejarah pernah mencatatkannya ketika kegemilangan pemerintahan Islam. Perkara ini menunjukkan bahawa hukum hudud telah berjaya mendidik manusia supaya takut melakukan jenayah dan kesalahan, tetapi sentiasa mengingati Allah, Penciptanya.

0 Comments to "Hukum Allah Solusi Terbaik"

Catat Ulasan

© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft