Diriku Kini Masih Tercari-Cari


Penulis di Anjung Budi USM
Oleh: Mohd Syahmir bin Alias
Assalamu’alaikum dan salam sejatera… Lama sungguh rasanya diri ini tidak ikut serta dalam dunia blog ini. Hampir lima bulan tiada satu penulisan diposkan! Apa sudah jadi pada diriku ini? Mungkin kesibukan di semester kedua dan ketibaan tahun kedua menjadikan diri semakin sibuk. Almaklumlah, tahun dua ini aku memegang amnah yang amat berat bagiku untuk dipikul. Akan tetapi sudah tugas dan ketetapan bagiku oleh Allah swt, jadi ku teruskan jua taklifan itu. Tak perlu rasanya ku sebut taklifanku itu, kerana mungkin di luar sana lebih ramai yang lebih sibuk berbandingkan diriku ini. Seperti yang difirmankan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat akhir (286):
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
            Demikianlah yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran, kalamullah, mukjizat Rasulullah saw dan perlembagaan umat Islam yang wajib dipatuhi. Tugas dan tanggungjawab, apatah lagi jawatan bukanlah sesuatu yang seharusnya dipinta. Biarlah ia menjadi suatu pilihan mahupun ketentuan-Nya, insyaAllah, Dia akan mempermudahkan. Tahun dua di kampus juga memberikan aku sahabat-sahabat yang mungkin muda malah tua daripadaku. Mahasiswa tahun pertama seharusnya bersyukur bergelar warga Universiti APEX ini. Gembira jua bagi kami yang menerima mahasiswa baru yang akan meneruskan budaya keintelektualan yang seharusnya disemai di universiti tercinta ini. Islam tidak menghalang kita menjadi insan yang intelek, malah suruhannya itu jelas dalam ayat pertama yang diturunkan oleh Allah kepada kekasihNya, Muhammad saw.
            InsyaAllah, selepas ini walaupun diri ini tidak sendiri mengarang dan menulis rencana, sekurang-kurangnya hasil-hasil penulisan yang menjadi buah-buah ilmu akan diposkan di situsku ini. Sekurang-kurangnya, perkongsian ilmu menjadi wadah pemangkin keintelektualan setiap muslim. Waallahua’lam.

0 Comments to "Diriku Kini Masih Tercari-Cari"

Catat Ulasan

© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft