Pendekatan Politik Pembangunan Berteraskan Islam


Kesepaduan pembangunan kerohanian dan material melahirkan pelaku pembangunan (modal insan) yang mendapat marhatillah.

Dua kaedah politik pembangunan berteraskan Islam:



Bil.
Top-Down
Bottom-Up
1.
Inisiatif penguasa pembangunan.
-          Kerajaan, agensi pembangunan, swasta.
-          Political will.
Inisiatif kumpulan sasaran sendiri.
-          NGO, perkampungan, jemaah, gerakan.
-          Self-content, self-reliance.
2.
Mobilisasi kuasa, asset, peralatan, peruntukan, peraturan dsb.
Mobilisasi ideologi dan motif perjuangan.
3.
Pembinaan dasar dan pembuatan keputusan tanpa partisipasi kumpulan sasaran.
Pembinaan dasar, pembuatan keputusan dan perlaksanaan secara berdikari.
4.
Bersifat pemaksaan (imposition) ke atas kumpulan sasaran.
Bersifat akar umbi (grassroots) oleh kumpulan sasaran.
5.
Kurang mengambil kira kearifan tempatan (local wisdom).
Mengambil kira kearifan tempatan (local wisdom).
6.
Bersifat luaran (exogenous).
-          Suka atau tidak, kumpulan sasaran perlu terima arahan pihak atasan.
Bersifat dalaman (indigenous).
-          Orang tempatan memahami perkara yang diinginkan.
7.
Kurang rasa berkepunyaan (sense of belonging) dalam kalangan kumpulan sasaran.
Rasa berkepunyaan bersama (mutual sense of belonging) dalam kalangan kumpulan sasaran.
8.
Pendekatan pembangunan kurang holistik.
-          Perlu bertahalluf siyasi dengan sistem-sistem lain.
Pendekatan pembangunan lebih holistik.
-          Perkumpulan lebih kecil, mudah dikawal dan mudah melaksana.
9.
Terikat dengan ideologi dan permainan politik.
Terdedah dengan permainan dan penguasaan politik.
-          Lebih rapuh (vulnerable, fragile).
10.
Contoh: Islam Hadhari (Malaysia), Membangun Bersama Islam (Kelantan).
Contoh: Darut Tauhid (Indonesia), Ban Nua (Thailand).
 

Ibn al-Haytham: Saintis Muslim dan Sifat 'Ubudiyyah-nya



Ibn al-Haytham merupakan seorang cendekiawan Islam yang sangat patuh kepada ajaran Islam. Ibn al-Haytham begitu berminat mengkaji ilmu sains tabii (natural sciences). Natijahnya adalah ia menjadi alat untuk beliau mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Beliau turut mempamerkan bahawa dengan tauhid dan sifat ‘ubudiyyat inilah yang menjadikan dirinya taat dan patuh kepada kehendak Allah SWT. Dalam hal ini, beliau melontarkan pandangannya seperti petikan kata-kata berikut:

Saya mengambil keputusan untuk mengetahui perkara apakah yang membawa kita lebih dekat kepada Allah, apakah yang paling diredhai-Nya dan perkara apakah yang membuat kita tunduk kepada kehendak-Nya yang pastinya tidak dapat dihindari.

Berdasarkan petikan kata itu, jelaslah bahawa Ibn al-Haytham telah meletakkan matlamat utama dalam melakukan penyelidikan saintifik adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT atau mardat Allah. Hubungan yang erat antara akidah, ibadah dan akhlak yang dijaga secara bersungguh-sungguh dapat membawa manusia mencapai keredhaan Allah SWT. Pada dasarnya, tasawur pemikiran saintifik Ibn al-Haytham ini ditunjangi oleh ikatan tauhid yang utuh kepada Allah SWT. Perihal tauhid ini telah ditekankan dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak dan Dia tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya.” (al-Ikhlas, 112:1-4).


© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft