Dualisme dalam Pemikiran dan Amalan



Oleh: Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba (Sinar Harian)

Dualisme bermaksud suatu keadaan di mana dua perkara berjalan seiring tetapi tidak wujud keserasian. Dualisme boleh berlaku dalam pemikiran, ilmu, sikap dan amalan. Umpamanya dalam ilmu, di suatu sisi ilmu-ilmu tradisi dipelajari dengan tasawwur yang Islami. Di sisi lain ilmu sekular dan liberal dipelajari dengan pandangan semestanya tidak selari dengan ilmu tradisi. Natijah akhirnya menghasilkan manusia yang memiliki dua domain ilmu yang maksudnya tidak sama.

Ketidaksamaan ini boleh menyebabkan ketidakjelasan dalam pemikiran dan amalan. Yang tradisional berfikir secara tradisionalnya dan yang moden didapati tidak selari dengan orientasi tradisional. Ia menyebabkan konflik ilmu terjadi. Lalu perlu ada usaha menjambatani antara kedua supaya proses integrasi terjadi dan Islamisasi berlaku. Integrasi bermaksud bagaimana kedua-dua domain orientasi itu ditautkan dengan suatu tasawwur. Ilmu tradisi perlu diolah agar ada orientasi islah dan tajdid berlaku supaya ilmu moden yang mekanistik dibina dengan tasawwur yang Islami.

Insan dan Fitrah Bertuhan: Antara Wahyu, Akal dengan Nafsu



Tugasan Blog SVW502
Insan dan Fitrah Bertuhan: Antara Wahyu, Akal dengan Nafsu
Mohd Syahmir bin Alias
Calon Sarjana Sains Kemasyarakatan (Pengurusan Pembangunan Islam)
No. Matrik: P-SM0120/12

Manusia diberikan kelebihan akal yang membezakan peranannya dengan makhluk-makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan. Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, kerohanian manusia turut terkomposisi bersama nafsu dan hati. Ketiga-tiga komponen spiritual ini merupakan pemberian yang menuruti fitrah dalam diri manusia serta mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Fitrah dari segi istilah bererti kehendak atau keinginan semulajadi manusia. Salah satu elemen penting fitrah yang terdapat dalam diri manusia ialah fitrah bertuhan. Ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dinafikan kewujudannya. Justeru, dorongan daripada jiwa manusia untuk memenuhi keinginan tabii dalam memperhambakan dirinya kepada suatu kuasa yang lebih tinggi sebagai tempat bergantung dalam kehidupan merupakan maksud sebenar fitrah bertuhan. Keberadaan elemen inilah yang menyebabkan manusia ingin melakukan penyembahan, peribadatan atau amalan ritual yang seumpamanya.

Isu-Isu Epistemologi Menurut Perspektif Islam



Suntingan Semula: Epistemologi Menurut Perspektif Islam – Beberapa Isu Pilihan untuk Diskusi
Oleh: Prof  Osman Bakar


Mana-mana epistemologi – teori ilmu – semestinya berkemampuan menghubungkaitkan dengan jelas antara dua perkara, iaitu objek yang diketahui dan subjek yang mengetahui. Perkara yang membezakan sesuatu epistemologi dengan epistemologi yang lain adalah tanggapan terhadap ruang lingkup realiti objek dan ruang lingkup realiti subjek yang dapat diterima sebagai meyakinkan. Aliran utama epistemologi moden umpamanya yang sebenarnya merupakan ciptaan pemikiran Barat didapati berbeza dengan epistemologi Islam pada umumnya dari segi tanggapan terhadap kedua dua ruang lingkup ini. Di Barat terdapat sebilangan ilmuwan dan pemikir yang berpegang pada epistemologi yang hampir serupa dengan epistemologi Islam. Tetapi mereka ini merupakan golongan minoriti.

Akal bukan terletak dalam otak
Adalah jelas bahawa konsep realiti sangat mempengaruhi epistemologi. Bagi majoriti ilmuwan dan pemikir dalam peradaban Barat moden, perkara yang diakui sebagai realiti adalah terbatas kepada apa yang dapat disaksikan oleh pancaindera atau yang dapat disahkan oleh kaedah empirikal. Perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan menggunakan kaedah ini disangsikan kewujudannya atau pun ditolak sarna sekali. Kaedah saintifik dijadikan penentu tunggal kewujudan sesuatu. Isunya, konsep pembuktian kebenaran terbatas kepada penggunasuaian kaedah saintifik tetapi makna dan pengertian saintifik itu sendiri disempitkan kepada pengetahuan empirikal. Tegasnya, ruang lingkup realiti objek menurut aliran pemikiran ini adalah terbatas kepada alam fizikal.

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW



Allahumma salli 'ala saiyidina Muhammad


Tarikh: 9 Zulhijjah 10 H
Tempat: Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Kenali Kemurungan dan Tips Mengatasi

Oleh: Hjh. Kamaliah Abu (Ketua Pegawai Psikologi, UiTM)
28 September 2011

Pengenalan
Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada individu baik lelaki atau wanita, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus atau  putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan  yang bermakna dan gembira. Kehidupan dirasakan sunyi dan kosong. Kemurungan yang berlarutan boleh memberi implikasi yang buruk kepada individu. Selain dari terganggu  emosi, individu berkaitan juga akan terganggu fungsi fizikal dan interaksi sosialnya. Rawatan perubatan dan bantuan psikoterapi  dan kaunseling perlu diberi seawal mungkin kepada  mereka yang terlibat.

Punca Kemurungan
  • Mengalami peristiwa trauma yang tidak dapat diterima oleh pesakit. Antaranya:
    • Kehilangan orang yang penting dalam kehidupan secara mendadak seperti meninggal dunia atau berpisah. Pesakit tidak bersedia untuk menghadapi keadaan tersebut. Kebiasaannya mereka adalah orang yang amat dikasihi, disayangi atau dicintai.
    • Kehilangan maruah diri tanpa kerelaan hati.
  • Mengalami penyakit berat dan berpanjangan yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan diri. Fungsi diri terbatas dan tidak boleh menjalankan peranan kehidupan yang sewajarnya (peranan sebagai isteri atau suami atau ahli keluarga).
  • Mengalami masalah berat yang tidak mampu diatasi dan ia menjadi bebanan kehidupan (contoh: kegagalan dalam kerjaya atau kegagalan dalam rumahtangga).

Fungsi Penyelidikan Saintifik: Tadabbur Kisah Nabi Ibrahim AS



Tingkatan (1) mata, (2) akal, (3) hati
Pasti kita pernah mendengar kisah Nabi Ibrahim mencari siapakah Tuhan yang sebenar, bukan? Ia difirmankan dalam Surah al-An'am ayat 75-79. Pernah tak kita mentadabbur ayat-ayat ini? 

6:75. Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

6:76. Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

6:77. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

6:78. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

Ulasan Serba Ringkas Buku 'Luqmanul Hakim adalah Socrates Berkulit Hitam'

Secara umumnya, buku ini ditulis oleh Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander berasal daripada Indonesia. Setakat ini beliau telah menulis sebanyak 4 buah buku yang tebalnya sekitar 700 muka surat semua sekali.

Secara zahirnya, buku ini ada tiga bahagian. Bahagian pertama bertajuk 'Mengenali Socrates' yang mengandungi 5 bab. Bahagian kedua bertajuk 'Hikmah Socrates' yang mengandungi 10 bab. Dan bahagian ketiga bertajuk 'Kematian Socrates' yang mengandungi 3 bab dengan 1 bab Kesimpulan.

Secara ringkasan isinya, buku ini mencari siapakah di sebalik Luqman al-Hakim yang Allah SWT bicarakan dalam al-Qur'an. Penulis yakni
Wisnu Sasongko meletakkan calon Luqman iaitulah Socrates. Umum mengetahui bahawa Socrates adalah ahli falsafah Yunani silam yang hidup sekitar 400-300 SM. Banyak penulis Barat menyifatkan beliau sebagai seorang yang berkulit putih seperti bangsa-bangsa Yunani yang lain. Malah, beliau juga dikaitkan dengan tuduhan sebagai seorang lelaki yang melawan tabiinya dan beragama paganisme (politeisme) seperti anutan bagsa Yunani ketika itu. Namun, Wisnu Sasongko berusaha mengemukakan hujahnya bahawa Socrates bukanlah seperti yang disifatkan penulis Barat, malah beliaulah calon Luqman al-Hakim dalam al-Qur'an. Buktinya diutarakan dalam dua sudut. Pertama, sudut fizikal sebenar Socrates; dan kedua, kaedah Socrates berfalsafah.

ابن الهيثم من كتاب عيون الأنباء في طبقات الأطباء بواسطة ابن أبى أصيبعة



هو أبو علي محمد بن الحسن بن الهيثم أصله من البصرة، ثم انتقل إلى الديار المصرية وأقام بها إلى آخر عمره. وكان فاضل النفس قوي الذكاء متفنناً في العلوم. لم يماثله أحد من أهل زمانه في العلم الرياضي، ولا يقرب منه. وكان دائم الاشتغال، كثير التصنيف، وافر التزهد، محباً للخير. وقد لخص كثيراً من كتب أرسطوطاليس وشرحها، وكذلك لخص كثيراً من كتب جالينوس في الطب. وكان خبيراً بأصول صناعة الطب وقوانينها وأمورها الكلية إلا أنه لم يباشر أعمالها، ولم تكن له دربة بالمداواة، وتصانيفه كثيرة الإفادة. وكان حسن الخط جيد المعرفة بالعربية.

وحدثني الشيخ علم الدين بن أبي القاسم بن عبد الغني بن مسافر الحنفي المهندس قال: كان ابن الهيثم في أول أمره بالبصرة ونواحيها قد وزر، وكانت نفسه تميل إلى الفضائل والحكمة والنظر فيها، ويشتهي أن يتجرد عن الشواغل التي تمنعه من النظر في العلم. فأظهر خبالاً في عقله وتغيراً في تصوره وبقي كذلك مدة حتى مكن من تبطيل الخدمة، وصرف من النظر الذي كان في يده. ثم إنه سافر إلى ديار مصر، وأقام بالقاهرة في الجامع الأزهر بها. وكان يكتب في كل سنة إقليدس والمجسطي ويبيعهما، ويقتات من ذلك الثمن. ولم تزل هذه حاله إلى أن توفي رحمه اللَّه.

List of Ibn al-Haytham’s Works According to Ibn Abi Usaybi'ah



Without any doubt, another great physicist of all time is a scientist born in AD 965 who went by the name of Ibn al-Haytham (al-Khalili, 2009). He is one of the most distinguished and a prolific mathematician in the medieval Islamic science (Sabra, 2003). As a devout Muslim, Ibn al-Haytham spent most of his life trying to be the best servant of God (Steffens, 2007). Therefore, according to Ibn Abi Usaybi’ah, Ibn al-Haytham was good-hearted, very intelligent and innovative concerning the sciences. He was always busy, prolific in writing, very pious and benevolent in doing good deeds (Hillowala, 2000).

Ibn al-Haytham’s works was about 182 titles (Salik, 2008). He wrote on philosophical sciences which comprised of mathematics, natural sciences and theology or metaphysics. Specifically, his writings also include in the field of arithmetic, astronomy, music, ethics, politics and poetry (Sabra, 2003). However, according to Rashed (2013), the information regarding the works of Ibn al-Haytham in Ibn Abi Usaybiah’s ‘Uyun al-Anba’ fi Tabaqat al-Atibba’ might be wrong. This is because of the confusion between these two persons: Muhammad ibn al-Hasan ibn al-Haytham and al-Hasan ibn al-Hasan ibn al-Haytham (Rashed, 2013). Nevertheless, Rashed (2013) did not proves his statement according to historical and biobibliographical research.

Readers may take a look on Ibn al-Haytham’s works below. The list comes from Hillowala’s (2000) translation of fourteenth chapter of ‘Uyun al-Anba’ fi Tabaqat al-Atibba’. Whereas the categorization is made by myself based on title of the writing, not from its content. May Allah bless Ibn al-Haytham’s efforts and it became his ‘ibadah because of his sincerity in gaining knowledge, as what he says:

I decided to discover what it is that brings us closer to God, what pleases Him most, and what makes us submissive to His ineluctable Will.” (Steffens, 2007)

Pendekatan Politik Pembangunan Berteraskan Islam


Kesepaduan pembangunan kerohanian dan material melahirkan pelaku pembangunan (modal insan) yang mendapat marhatillah.

Dua kaedah politik pembangunan berteraskan Islam:



Bil.
Top-Down
Bottom-Up
1.
Inisiatif penguasa pembangunan.
-          Kerajaan, agensi pembangunan, swasta.
-          Political will.
Inisiatif kumpulan sasaran sendiri.
-          NGO, perkampungan, jemaah, gerakan.
-          Self-content, self-reliance.
2.
Mobilisasi kuasa, asset, peralatan, peruntukan, peraturan dsb.
Mobilisasi ideologi dan motif perjuangan.
3.
Pembinaan dasar dan pembuatan keputusan tanpa partisipasi kumpulan sasaran.
Pembinaan dasar, pembuatan keputusan dan perlaksanaan secara berdikari.
4.
Bersifat pemaksaan (imposition) ke atas kumpulan sasaran.
Bersifat akar umbi (grassroots) oleh kumpulan sasaran.
5.
Kurang mengambil kira kearifan tempatan (local wisdom).
Mengambil kira kearifan tempatan (local wisdom).
6.
Bersifat luaran (exogenous).
-          Suka atau tidak, kumpulan sasaran perlu terima arahan pihak atasan.
Bersifat dalaman (indigenous).
-          Orang tempatan memahami perkara yang diinginkan.
7.
Kurang rasa berkepunyaan (sense of belonging) dalam kalangan kumpulan sasaran.
Rasa berkepunyaan bersama (mutual sense of belonging) dalam kalangan kumpulan sasaran.
8.
Pendekatan pembangunan kurang holistik.
-          Perlu bertahalluf siyasi dengan sistem-sistem lain.
Pendekatan pembangunan lebih holistik.
-          Perkumpulan lebih kecil, mudah dikawal dan mudah melaksana.
9.
Terikat dengan ideologi dan permainan politik.
Terdedah dengan permainan dan penguasaan politik.
-          Lebih rapuh (vulnerable, fragile).
10.
Contoh: Islam Hadhari (Malaysia), Membangun Bersama Islam (Kelantan).
Contoh: Darut Tauhid (Indonesia), Ban Nua (Thailand).
 

Ibn al-Haytham: Saintis Muslim dan Sifat 'Ubudiyyah-nya



Ibn al-Haytham merupakan seorang cendekiawan Islam yang sangat patuh kepada ajaran Islam. Ibn al-Haytham begitu berminat mengkaji ilmu sains tabii (natural sciences). Natijahnya adalah ia menjadi alat untuk beliau mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Beliau turut mempamerkan bahawa dengan tauhid dan sifat ‘ubudiyyat inilah yang menjadikan dirinya taat dan patuh kepada kehendak Allah SWT. Dalam hal ini, beliau melontarkan pandangannya seperti petikan kata-kata berikut:

Saya mengambil keputusan untuk mengetahui perkara apakah yang membawa kita lebih dekat kepada Allah, apakah yang paling diredhai-Nya dan perkara apakah yang membuat kita tunduk kepada kehendak-Nya yang pastinya tidak dapat dihindari.

Berdasarkan petikan kata itu, jelaslah bahawa Ibn al-Haytham telah meletakkan matlamat utama dalam melakukan penyelidikan saintifik adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT atau mardat Allah. Hubungan yang erat antara akidah, ibadah dan akhlak yang dijaga secara bersungguh-sungguh dapat membawa manusia mencapai keredhaan Allah SWT. Pada dasarnya, tasawur pemikiran saintifik Ibn al-Haytham ini ditunjangi oleh ikatan tauhid yang utuh kepada Allah SWT. Perihal tauhid ini telah ditekankan dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tidak beranak dan Dia tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya.” (al-Ikhlas, 112:1-4).


© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft