Dua Khutbah yang Mengisi Jiwa dan Membuka Minda


Segala puji bagi Allah, dengan izin-Nya, saya masih bernafas sehingga ke Hari Raya Eid Al-Adha yang jatuh pada hari Jumaat (26 Oktober 2012). Pastinya, perkara yang paling menarik pada hari ini adalah kaum Muslimin akan mendengar khutbah sebanyak dua kali. Khutbah pertama selepas selesai mengerjakan Solat Sunat Eid Al-Adha, solat sunat muakkad dan sebelum menunaikan Solat Jumaat, solat fardhu yang dikhususkan bagi kaum Muslimin di seluruh pelusuk dunia. Sebenarnya, mendengar khutbah merupakan peringatan kepada umat Islam bagi menyegarkan semula jiwa dan sanubari manusia agar kembali bertaqwa kepada Allah. Antara ayat Al-Quran yang selalu diperdengarkan ketika di dalam khutbah adalah, mafhum firman Allah:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Surah Ali Imran, 3: 102)
            Ayat ini memerintahkan orang-orang yang mengimani Allah s.w.t untuk bertaqwa atau dengan erti kata lain rasa takut kepada Allah. Betapa ayat ini sarat dengan pesanan untuk memelihara aqidah ummah sejagat dalam menghadapi hidup sehingga menemui ajal dalam keadaan beriman kepada Allah. Teringat akan pesanan-pesanan dalam kedua-dua khutbah yang banyak menyentuh isu semasa dan peringatan memelihara aqidah Islamiyyah. Alhamdulillah, kedua-dua khatib juga terdiri daripada golongan pemuda dan ruh penyampaian khutbah juga sedikit sebanyak berbeza. Antara perkara yang disentuh:

Sains Islam atau Saintisme?


Oleh: Ahmad Saifuddin Amran



Petang itu hujan turun dengan sangat lebat. Namun itu tidak menghalang dia untuk menghadirkan diri ke Pejabat Dekan Fakulti Sains, Universiti Malaya bagi menyelesaikan urusan kemasukannya ke universiti itu. Hujan masih turun dengan mencurah-curah dan belum menunjukkan tanda-tanda hendak berhenti. Sementara menanti hujan reda, dia mengambil keputusan untuk melabuhkan punggung di atas pangkin yang tersedia di Dataran Sains di fakulti tersebut. Seperti biasa, masa yang terluang itu dia manfaatkan untuk membaca. Kali ini dia memilih buku ‘New World Order (NWO) or New Western Order?: Need for the Re-Organization of Islamic Ummah with its Socio-Political Base’ untuk dibaca.

“Buku lain sudah habis dibaca belum?” saya tersenyum sinis.

“Senyaplah!”

Dia mahu menjadi ahli falsafah. Justeru dia perlu banyak membaca dan memanfaatkan setiap detik dalam hidupnya untuk membaca. ‘A man who dares to waste one hour of time has not discovered the value of life,’ begitulah kata dia ketika saya menyoal tentang ‘kerakusannya’ itu. Dia menaqalkan kata-kata idolanya, Charles Robert Darwin.

“Comelnya ustazah tu,” tiba-tiba dia bersuara perlahan.

Biodata Dr. Muhammad Mursi - Presiden Republik Mesir


Prof. Dr. Muhammad Mursi Al-Hafiz
Peribadi

Nama penuh beliau ialah Muhammad Muhammad Mursi Isa al-‘Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wilayah As-Syarqiyah, di sebuah perkampungan Al-Udwah.  Beliau hidup dalam sebuah keluarga sederhana dan beragama, bapanya seorang petani dan ibunya seorang suri rumah. Berkahwin pada tahun 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu ini juga merupakan seorang bapa yang amat menitik-beratkan pendidikan agama kepada anak-anak. Beliau, isteri dan kelima-lima cahaya matanya (Ahmad, Syaima’, Usamah, Umar dan Abdullah) menghafaz al-Quran.

Akademik dan Kerjaya

Memulakan alam persekolahan di sekolah yang terletak di wilayah tersebut. Melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Cairo, Kaherah pada tahun 1970 dalam bidang kejuruteraan. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1975 dengan mendapat kelulusan cemerlang (imtiyaz). Selepas itu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti Cairo juga pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan kapal angkasa lepas dan memperoleh Ijazah Kedoktoran pada tahun 1982 di Universiti Southern California. 

Aspek Akidah dalam Novel 'Tulis Cinta dalam Hati'


Oleh: Mohd Syahmir bin Alias (Tugasan Aqidah Islamiyyah - Konsep dan Penghayatan)


Bingkisan Sinopsis Novel
 
Novel ini menceritakan mengenai diari hidup seorang gadis yang berusia 19 tahun bernama Umairah atau Mai. Sejak usia kanak-kanak lagi, dia dipelihara oleh umi dan abah, iaitu ibu dan bapa angkatnya. Hal ini kerana abah, abang kepada ibu kandung Mai memujuk agar dia dipelihara oleh abah dan umi kerana mereka tidak mempunyai cahaya mata. Kehidupan Mai pada awal usianya adalah sangat membahagiakan dirinya namun segalanya musnah kerana kedua ibu dan bapa angkatnya terpaksa membawa haluan masing-masing. Dia kemudiannya diserahkan semula kepada ibu bapa kandungnya. Namun, Umairah tidak dapat menyesuaikan diri di rumah emak dan ayah kerana adik-beradiknya yang ramai dan perasaan yang menghantui dirinya bahawa mereka tidak menyayanginya.

Al-Quran sebagai Sumber Utama Perundangan Islam



Oleh: Mohd Syahmir bin Alias (Tugasan Sumber dan Prinsip Perundangan Islam)

PENGENALAN

-          Al-Qur’an merupakan sumber utama hukum-hukum Ilahi.
-          Al-Qur’an lebih diutamakan daripada sumber-sumber lain yang dirujuk guna mendapatkan berbagai hukum (ahkam) syari’ah.
-          Al-Qur’an telah dan akan tetap – selain merupakan sumber komprehensif hukum-hukum Ilahi – juga menjadi kriteria untuk menilai berbagai hadits.
-          Atas dasar inilah, sejak zaman nabi Muhammad s.a.w hingga saat ini dan untuk selamanya, Al-Qur’an telah menjadi sumber rujukan utama bagi para fuqaha Islam.

DEFINISI AL-QURAN

-          Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibrail a.s di dalam bahasa Arab bermula dari Surah Al-Fatihah hingga Surah An-Nas ditulis dalam mushaf yang periwayatan secara mutawwatir dan menjadi ibadah apabila
membacanya.

Hikmah Mandi Wajib dan Bertayammum menurut Kaca Mata Sains



Oleh: Dr. Jamnul Azhar bin Hj. Mulkan

Doktor perubatan dan pendakwah
Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup secara komensalisme. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.

Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan (imunisasi) badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan pada tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali keluar mani, datang haid dan nifas serta berjimak.

Perlunya Penggantian kepada Andaian-Andaian Asas dalam Sains Moden Barat


Oleh: Prof. Osman Bakar
Terjemahan: Foundational Assumptions of Modern Western Science

Andaian-andaian asas dalam sains moden Barat perlu diganti kerana ia sangat bercanggah dengan kebanyakan penemuan dalam sains selain dalam kepercayaan agama dan tradisi budaya sebahagian besar manusia. Justeru, ia perlu diganti dengan suatu andaian supaya sains menjadi lebih bersifat holistik.




ANDAIAN SAINS MODEN BARAT
ANDAIAN GANTIAN
Anggapan dan kaedah saintifik hanya dikembangkan oleh sains Barat, oleh itu menjadikan ia sahaja sains yang absah.
Budaya selain Barat sama ada budaya kuno atau budaya yang masih kekal sehingga kini telah mencipta sains yang teruji keabsahan.
Terdapat hanya satu realiti iaitu alam semesta yang terdiri daripada jirim dan tenaga.
Terdapat banyak tahap realiti yang salah satunya adalah dunia fizikal.
Realiti adalah semua yang bersifat fizikal, boleh diukur atau boleh dideduksi  daripada pemerhatian saintifik. Selain daripada itu dikatakan sebagai bukan realiti.
Realiti bukan fizikal (roh, benda halus, psikik) adalah dalam jangkauan yang dialami manusia.
© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft