Kontradiksi Hukum Akal dan Hukum Wahyu (Bagaimana Menjaga Islam?)

Aminah Wadud berfahaman liberal

Oleh: Mohd Syahmir bin Alias (Tugasan Sumber dan Prinsip Perundangan Islam)
 
Fahaman Islam Liberal dan Sekularisme

“’Wahai orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.’ Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.” (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

Pada abad ini, kita dapat melihat pelbagai peperangan saraf yang cuba dilakukan oleh pihak yang memusuhi Islam untuk menolak kebenaran agama ini. Antaranya adalah penyebaran fahaman-fahaman ataupun isme-isme yang menyelinap secara halus dalam memporak-perandakan kesyumulan Islam. Fahaman yang semata-mata berasaskan akal fikiran ahli-ahli falsafah yang tidak berpegang kepada agama ini telahpun menyerang banyak negara yang mempunyai ramai umat Islam. Pendokong fahaman sekularisme dan liberalisme ini telah berjaya memisahkan hal agama daripada perihal pentadbiran negara, perundangan, ekonomi, politik malah sistem pendidikan dan mereka memahami agama dengan tafsiran akal sahaja.

Kontradiksi Hukum Akal dan Hukum Wahyu (Pengantar)


Oleh: Mohd Syahmir bin Alias (Tugasan Sumber dan Prinsip Perundangan Islam)
 
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.” (Surah Ali Imran, ayat 190)

             Mafhum firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran ayat 190 di atas telah cukup untuk menggambarkan kepada kita bahawa manusia, makhluk ciptaan-Nya yang dikurniakan akal sudah pastinya berbeza dengan makhluk-makhluk lain. Akal yang telah dimasukkan dalam diri setiap manusia itu sudah pastinya mempunyai perbezaan dari sudut kemampuan berfikir. Ada sekelompok manusia yang mampu memfokuskan pemikirannya terhadap perkara-perkara saintifik, begitu juga bagi sebahagian manusia yang menjuruskan pemikiran mereka ke arah ekonomi, perundangan dan sebagainya.

Meriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 ke-30!

Mahasiswa/i yang cakna dengan ilmu akan bertambah-tambah pengetahuannya. Acara besar tahunan di Malaysia kini diadakan lagi pada 25 April 2011-1 Mei 2011. Dapatkan buku-buku kegemaran anda di sini. Jom kita meriahkannya!

Layari: http://www.klibf.com.my/src/

Salam Imtihan Buat Sahabat-Sahabat

MA'AT TAUFIQ WA AN-NAJAH!
© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft