Ilmu Penentu Ketinggian Tamadun Bangsa


Kembalikan kegemilangan sarjana Islam
Oleh: Nik Salida Suhaila Nik Salleh (USIM)


Dunia dan sejarah sudah membuktikan kemapanan ilmu boleh menentukan jatuh bangunnya suatu tamadun manusia. Sememangnya tidak dinafikan kesarjanaan ilmu dan ketrampilan sahsiah mampu memadamkan bintang kejahilan yang kian bersinar kini. Jika ilmu benar-benar dipelajari dan diamalkan, pasti seluruh manusia akan dapat hidup aman dan harmoni, bahkan penyelesaian kepada segala kemelut, kemunduran dan penghinaan dihadapi umat Islam hari ini ialah dengan kembali kepada al-Quran. Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-Nya, hanyalah para ulama.” (Surah Fathir, ayat 28)

Belajarlah kerana ia adalah ilmu Allah

Dalam hal ini, awal tarbiah sama ada secara langsung atau tidak adalah kecantikan budi yang diwarisi daripada ibu bapa melalui interaksi serta pergaulan harian. Akhlak baik yang diwarisi daripada ibu bapa melahirkan anak berbudi bahasa serta pekerti mulia. Ada kalanya, apa yang diwarisi tidak semestinya baik dalam aspek agama. Oleh itu, warisan hendaklah diselaraskan dengan ilmu dipelajari secara berfokus, supaya generasi yang terdidik akan dapat meneruskan kesinambungan akhlak Rasulullah dan sahabat Baginda.

Hukum Allah Solusi Terbaik

Hukuman sebat mengikut
undang-undang sivil yang zalim!

Oleh: Mohd Syahmir bin Alias (Tugasan TITAS)

Pengenalan Perundangan Islam
Agama Islam sememangnya sebuah agama yang menyeluruh dalam pelbagai sudut kehidupan insani. Dari aspek perundangan Islam, terdapat tiga jenis hukuman dalam kesalahan jenayah yang dilakukan oleh seseorang Muslim. Antaranya ialah hukuman hudud, qisas dan takzir. Segala hukuman ini termaktub dalam kitab suci Al-Quran yang datangnya daripada Pencipta alam semesta ini iaitu Allah s.w.t. serta direkodkan dalam hadis-hadis sahih Nabi Muhammad s.a.w.. Hal ini sudah pastinya mempunyai hikmah dan kemaslahatan untuk seluruh umat manusia.

Sebatan mengikut hukum hudud yang dikenakan
kepada perempuan berdasarkan perintah Allah
Jenayah yang Disabitkan Hukum Hudud
            Antara kesalahan atau jenayah yang dikenakan hukuman hudud ialah berzina, menuduh seseorang melakukan perbuatan zina, meminum minuman keras atau arak, mencuri, merompak, melakukan pemberontakan dan keluar daripada agama Islam atau murtad. Setiap jenayah yang dilakukan seseorang penjenayah perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum disabit dengan hukuman hudud yang diperjelas di bawah. Justeru, Islam bersifat rasional dan tidak bertindak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman kepada ummatnya.

Renungkan dan Muhasabah!

“Janganlah umat Islam bermimpi untuk mengalahkan Yahudi sehinggalah bilangan merekayang Solat Subuh berjemaah menyamai bilangan yang datang untuk Solat Jumaat”.- Kata-kata Rabbi Yahudi.
-->
Renung-renungkanlah surau-surau dan masjid-masjid yang tersergam indah di seluruh Malaysia ini. Apabila datangnya waktu Solat Subuh hanya beberapa saff sahaja yang dipenuhi. Terbukti, bulan Ramadhan sahaja yang menyediakan tarbiyyah dan bi’ah solehah untuk umat Islam. Namun begitu, bila kita keluar daripada bulan mulia itu, masjid dan surau semakin dilupakan. Ibaratnya, masjid hanya diimarahkan di bulan Ramadhan sahaja. Sungguhpun begitu, jumlah saff masih belum cukup menyamai jumlah saff jemaah yang menunaikan Solat Jumaat.

Suhaimi - Kembara Ilmu


Kembara ilmu selaut cahaya
milik Tuhan tiada bertepi
diselam tak jejak ke dasar
ditimba tak luak setitis

Kembara misi lembah nurani
menakung titisan ilmu suluhan budi
resapan dari akal yang murni
untuk diuntai mutiara sufi
menjadi azimat menuju firdausi

Lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun

Tarbiyyah Ruhiyyah Tangisan kerana Takut kepada Allah - Satu Penilaian Terhadap Persoalan Hati


Oleh: Ustaz Zainudin Hashim (HarakahDaily)
Pendahuluan
Fenomena tangisan di kalangan manusia hari ini mempunyai maksud yang tersendiri, ini kerana ada yang menangis sebab ditinggalkan orang yang amat dikasihi, sama ada seorang kekasih, ibu, bapa, anak-anak, jiran, sanak saudara terdekat dan seumpamanya.
Terdapat juga yang menangis kerana terlalu gembira sebab bertemu semula dengan orang yang terpisah sejak sekian lama, ada juga di kalangan mereka yang terlalu mudah untuk mengalirkan air mata apabila menonton sebuah cerita yang berkonsepkan kesedihan dengan pelbagai karenah dan watak dalam filem tertentu.
Apapun amat sukar hari ini untuk mendapatkan jenis manusia yang menangis kerana takutkan Allah sebab ia amat terbatas, ini kerana jiwa serta hati mereka tidak terikat melalui hubungan dengan Allah selaku Pencipta, atau dengan kata lain hati mereka tidak melalui proses tarbiyyah seperti yang dialami oleh generasi silam.
© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft