Fenomena Mencintai Ilmu dalam Kalangan Mahasiswa


Oleh: Mohd Syahmir bin Alias

Forum anjuran Lajnah Kebajikan dan Akademik PMIUSM 2009/2010
Mafhum firman Allah s.w.t.:

Katakanlah: “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.” (Surah Al-Kahfi, 18:109)
  
Demikianlah kalam Allah s.w.t, wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w  menunjukkan betapa luasnya pengetahuan Allah itu meliputi langit dan bumi serta apa yang ada di antaranya. Pendek kata, segala apa yang berlaku di kosmos ini senantiasa berada di bawah pengetahuan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Sehingga perkara sekecil elektron pun merupakan urusan tadbiran Allah s.w.t. Sedangkan manusia pada masa ini, fokusnya mahasiswa yang berada di medan keintelektualan ini dibuai fikiran jumud, masih diulit budaya hedonisme yang melalaikan sehingga ada segelintir mahasiswa kini tidak peka malah tidak tahu misi dan visi mereka menjejakkan kaki ke alam kampus. Perkara ini timbul kerana hambarnya budaya untuk mewujudkan fenomena kecintaan dan kedahagaan terhadap ilmu.

Asal-Usul Empat Gospel - Mark, Matthew, Luke, John


Bible terbahagi kepada Old Testament
dan New Testament
Terjemahan: Mohd Syahmir bin Alias (Kelab IPSI USM)
Kitab Injil atau Bible pada masa ini bukanlah wahyu yang diturunkan daripada Tuhan, sebaliknya ia hanya sekadar rekaan yang dikumpul  dan ditulis atas titah perintah Maharaja Rom. Pada sekitar 325 tahun selepas Nabi Isa a.s  diangkat ke langit, Konstantinopel pada masa itu dipenuhi oleh 700 gospel yang diedar menurut sudut pandang individu tertentu. Ada dalam kalangan mereka yang Unitarian dan ada juga dalam kalangan mereka yang Trinitarian. Pada ketika itu juga terdapat pertindihan yang serius dalam hal berkaitan keagamaan. Perkara ini mengakibatkan Empayar Rom mengalami krisis dalam perundangan dan pemerintahannya.

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain?


Dapatkan buku ilmiah ini
di pasaran
Oleh: Mohd Syahmir bin Alias
Assalamu'alaikum... Saya berminat sekali mengajak sahabat-sahabat membaca dan menganalisis buku-buku yang bersifat ilmiah dalam entri pertama blog kesayangan saya ini. Jadi sebarang ulasan mengenai buku-buku bersifat politik, sejarah, psikologi dan global yang bersandarkan ISLAM amatlah dialu-alukan.
Apa kata, untuk pertama kalinya, mari kita membedah buku bertajuk 'Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnian?' hasil karya Afareez Abd Razak Al-Hafiz yang mengupas fakta-fakta sejarah dalam Al-Quran. Turut disertakan fakta yang mungkin betul mungkin tidak daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Buku ini menerima penganugerahan ‘Bestseller’ di Malaysia kerana penjualannya melebihi 20,000 nashkah pada peringkat kebangsaan. Buku berkualiti keluaran PTS ini sangat mudah difahami serta tersusun fakta-faktanya.
© Hakcipta Terpelihara MINDA SARJANA | Direkabentuk oleh: Mohd Syahmir | Converted into Blogger Templates by Theme Craft